Thursday, March 4, 2010

MESYUARAT AGONG TAHUNAN PERUSIM KE 6

MESYUARAT AGONG TAHUNAN PERUSIM KE 6

Adalah dimaklumkan kepada Ahli-ahli Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor, Mesyuarat Agong Tahunan kali ke 6 Persatuan ini akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti di bawah:

Tarikh : 10hb Mac 2010
Masa : 8.00pm
Tempat : Restoran Kassim, Taman Johor Jaya.

Tuan-tuan para Ahli persatuan adalah dialu-alukan hadir ke Mesyuarat ini.

Terima Kasih...

Saya yang menjalankan tugas,

Abdul Aziz Bin Mohammad
Setiausaha.

Monday, May 18, 2009

MESYUARAT AGONG TAHUNAN PERUSIM KE 5

MESYUARAT AGONG TAHUNAN PERUSIM KE 5

Adalah dimaklumkan kepada Ahli-ahli Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor, Mesyuarat Agong Tahunan kali ke 5 Persatuan ini akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti di bawah:

Tarikh : 27hb May 2009
Masa : 8.00pm
Tempat : Restoran Kassim, Taman Johor Jaya.

Tuan-tuan para Ahli persatuan adalah dialu-alukan hadir ke Mesyuarat ini.

Terima Kasih...

Saya yang menjalankan tugas,

Abdul Aziz Bin Mohammad
Setiausaha.

Friday, May 1, 2009

Kabinet Tangguh Sementara Kenaikan Levi Berganda

Kami Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Y.A.B Dato' Seri Mohd. Najib. Tun Razak kerana bersedia mendengar rintihan kami para usahawan yang terlibat didalam sektor perkhidmatan apabila kerajaan mengumumkan penangguhan kenaikan kadar Levi pekerja asing. Kami berharap penangguhan ini akan terus kekal.

KENYATAAN MEDIA OLEH MENTERI SUMBER MANUSIA
dipetik dari :



Thursday, April 16, 2009

FUNGSI MeCD DISERAP KE 8 KEMENTERIAN

Kepada semua Usahawan khasnya Ahli PERUSIM... Sila ambil perhatian...

Pembentukan Kabinet baru oleh Y.A.B Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia ke 6 baru-baru ini telah membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Petikan media dibawah ini adalah sebagai rujukan para usahawan bagi mengetahui kementerian-kementerian yang diserapkan bagi menjalankan fungsi-fungsi MeCD.


Petikan dari Utusan Malaysia edisi Internet.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Wednesday, March 18, 2009




















Kenyataan Media berhubung Peralihan Kuasa pucuk pimpinan negara.

Sekitar Aktiviti PERUSIM NEGERI JOHOR 2008 & 2009


PERUSIM telah mengadakan beberapa sidang media mengenai isu-isu semasa berkaitan Usahawan (Gambar sebelah ialah ketika sidang media berhubung kenaikan kadar Levi bagi sektor perkhidmatan yang dinaikan 100%)


PERUSIM turut serta didalam Majlis Penganugerahan Tokoh Ma'al Hijrah 1430 anjuran Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor (JMMNJ). Penganugerahan ini adalah anugerah tertinggi bagi kaum India Muslim di Negeri Johor.



















PERUSIM dengan kerjasama Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor (JMMNJ) dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia Caw. Johor (PRESMA) telah mengadakan majlis meraikan penerima anugerah kebesaran & pingat kepada usahawan India Muslim dan aktivis India Muslim. Majlis telah diadakan diatas kapal Danga Cruise di Danga Bay, Johor Bahru.




























Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2008 telah diadakan pada 24hb Oktober 2008 bertempat di Dewan MPC, Bandar Baru Uda. Seramai 200 orang tetamu telah mengahdiri majlis ini. Mereka terdiri daripada para Usahawan dan juga ahli-ahli PERUSIM.