SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA SELEPAS MELAWATI BLOG INI.
Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor (PERUSIM) telah ditubuhkan pada 10hb Ogos 2004 di Johor Bahru. Penubuhan persatuan ini adalah bertujuan untuk menyatukan para usahawan India Muslim di Negeri Johor ini didalam satu bumbung. Persatuan juga menjadi tempat rujukan kepada para ahli yang menghadapi pelbagai masalah berkaitan dengan perniagaan mereka. Ahli persatuan adalah terdiri daripada usahawan didalam bidang seperti, peguam, doctor, kontraktor, pengusaha restoran dan mini market dan juga cabang-cabang perniagaan yang lain.
Keahlian persatuan ini adalah terbuka kepada semua kaum India Muslim yang mempunyai perniagaan berdaftar di dalam Negeri Johor. Dua jenis keahlian diperkenalkan oleh persatuan kepada mereka-mereka yang berminat. Dua jenis keahlian itu ialah, Ahli Biasa dan Ahli Seumur hidup. Pemengang Kad Pengenalan Merah atau Penduduk Tetap juga boleh memohon untuk menjadi ahli persatuan ini.
Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi alamat pejabat persatuan di
No. 176 – C, Wisma Jemaah Malabar, Jalan Belimbing 1, Senai, 81400, Johor Bahru.
Tel: 07-5999786
No comments:
Post a Comment